Wednesday, May 26, 2010

Untuk Kamu...

Sayang... bila rindu itu semakin pergi, saya semakin yakin dalam meneruskan hidup.
Sejujur-jujurnya saya tak mahu langsung berenggang dengan awak, tapi saya tau itu bukan apa yang awak nak..

Saya bukan apa yang awak mahukan. Awak bahkan tiada alasan untuk terus bersama saya.
Walaupun sekejap, saya bahagia. Dan saya rasa beruntung kerana sempat memiliki awak.

Cinta saya tak pernah padam pada awak, cuma bila saya yang tak mahu dia terus menyala..
Jujur saya cintakan awak..

Untuk Kamu...

Sayang.. naluri saya selalu menginginkan diri saya untuk menjadi kuat..
Dan saya rasa, Tuhan mengasihi saya sebab saya dapat rasa yang jiwa saya semakin kuat kini..
Saya mampu terima hakikat yang awak bukan untuk saya.. saya telah bersedia untuki kehilangan awak.. dan jantung saya tidak lagi berdegup kencang setiap kali bersama awak..
Mungkinkah jiwa saya telah pergi..

Untuk Kamu...

Sayang.. rindu dan cinta saya pada awak tak pernah kurang..
cuma saya cuba untuk tidak terlalu meluahkan kecintaan saya, agar tiada bosan dibenak awak..

Saya sangat perlukan awak.. meskipun kita tidak lagi bersama nanti, saya akan tetap memanjatkan kebahgiaan awak terhadap Pencipta.. kerana awak saya anggap cinta pertama..& saya belum pasti kalau masih bisa lahir cinta baru dihati saya selepas awak...

selamat malam sayang...

Untuk Kamu...

Kadang2 saya tidak merasa seperti dipunyai & mempunyai.. jiwa saya kosong & sunyi..
kenapa takdir awak bukan untuk saya kalau sekarang awak bersama saya?..

Hidup ini sepatutnya indah, tapi untuk saya meneruskan kehidupan ini tanpa awak, tanpa memiliki perasaan awak, ia seperti mustahil..

Sayang, tinggalkanlah saya kerana ia memang jalan yang terbaik.. kerana itulah penghujung cerita kita, cerita yang saya pilih.. kerana saya punya rasa-bila saya tak lagi diperlukan..