Sayang... saya cintakan awak sungguh2...
Saya cintakan awak dengan barisan gigi2 awak yang selalu awak rasakan tak cantik... awak malu bila saya meneliti gigi awak dan awak mula menepis2 tangan saya setiap kali saya berpura2 menjadi doktor gigi awak...
Saya cintakan awak dengan perut awak yang awak rasakan agak boroi... yang awak selalu tak mahu di pegang...
Saya cintakan awak dengan lengan awak yang awak rasakan tak fit mcm tiger wood, dan awak bimbang kalau2 saya membayangkan orang lain setiap kali saya mencengkam lengan itu kala suka atau geram...
Saya cintakan awak dengan jemari tangan awak yg awak rasakan kasar, dan membenarkan saya melosyenkan jemari itu...
Saya cintakan awak dengan kuku2 rosak yang awak rasakan hodoh, malah tak mahu saya memandang pun kesitu...
Saya cintakan awak dengan kulit muka awak yg awak rasakan berminyak, namun tak pernah pun saya peduli kerana itu tak pernah sedikit pun menjejaskan kasih saya pada awak...
Saya cintakan awak dengan kutil2 halus yang tumbuh dikulit badan awak, dan awak tak sukakannya, yang setiap kali pun akan saya usik kala kita memadu kasih...
Saya cintakan awak dengan paha dan betis awak yg awak rasakan kecik, padahal dimata saya semuanya sempurna...
Saya suka dengar suara awak bila berceloteh, saya sukakan juga merdunya suara awak bernyanyi yg awak rasakan awak tak berbakat dalam nyanyian...
Saya cintakan awak dgn sepasang mata awak yg awak rasakan sepet, tapi ia begitu seksi pula menurut pandangan saya...
Sayang... tak ada satupun kekurangan pada diri awak di mata saya... percayalah yang awak akan saya cintai sampai akhir nanti..
20 Oktober 2009