Monday, October 19, 2009

Untuk Kamu...

Sayang... awak memang bijak mengatur agenda kekecewaan dalam jiwa saya.. derita awak berikan secara berperingkat... Terakhir semalam awak memulangkan barang2 saya yang saya kira sudahpun awak anggap kepunyaan awak... Lucunya tidak pula awak pulang nota $50 yang awak pinjam... mungkin sebab dah berlipat kali ganda yang awak laburkan pada saya sebelum ini...


Saya berikan awak renungan paling dalam, manalah tau saya tak layak lagi menatap wajah awak yang saya kira tampan...

Tapi sayang, saya bukan orang yang bakal memulangkan apa saja jika tiada lagi ikatan, kerana awak telah memberi, jangan pernah berharap mendapatkannya kembali... 


Sayang... saya sentiasa masih mengharap semoga masih ada cinta untuk saya dihati awak...


20 Oktober 2009

No comments:

Post a Comment