Thursday, November 5, 2009

Untuk Kamu...

Sayang... bulan november adalah bulan yang paling saya tunggu...

Bukan ada kena mengena dengan mana2 tarikh kelahiran sesiapa... tapi sebab bulan november menyimpan seribu kenangan indah antara kita..

Bulan november bermulanya luahan perasaan antara kita.. bulan november saya menghuraikan jiwa dan seluruhnya untuk awak...

Bulan november menghanyutkan saya dalam angan2 tentang awak dan masa depan..

November melepaskan semua perasaan yang merumitkan... merungkai segala persoalan tentang hati kita...


Sayang... bukan setakat seratus, seribu, tapi dah tak tau berapa banyak kali saya mencuba untuk memahami apa yang ada dalam kepala awak... 

Saya jadi kusut... keliru dan bercampur baur.. tak pasti harus bagaimana...

Awak mahu saya tunggu lagi atau pergi?... Awak mahu saya lagi atau nanti?...



6 November 2009

No comments:

Post a Comment